Sunday 30 June 2013

" Al-Kisah 2 Month Di Retail Pharmacy known as AllCare Pharmahealth "



Asslamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat menaip setelah sekian lama tak menaip..
Bukan apa, tak berkesempatan dan kesibukkan melanda.. =)

Fuhhh.. Fuhhh.. Ahaaa.. Bio teman tiup & bersihkan sikit habuk-habuk serta sawang-sawang yang tak diundang nih melekat kt Blog nih.. Heh~
Kali ini, nak kongsi sikit pengalaman bergelar "Practical Student" selama 2 bulan..
Di mana?? Haaa.. Ce teka.. Ce teka..
Sah-sah ler kome idokk tahu kan?? Haha..
Mohh baca yer.. Moga antum dapat sedikit gambaran berpraktikal nih.. InsyaAllah..
(*Tiada paksaan untuk membaca. Tak moh baca? Pi main jauh2 naa)

Sungguh aku tiba-tiba merindukan mereka..
Saat yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila..
Benar, 2 bulan tak terasa langsung..
Seolah-olah 2 minggu je..
Mungkin bagi orang lain tak banyak yang aku pelajari..
Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur atas segalanya..
Allah memberikan yang terbaik untuk aku..
Tak banyak pun, yang pasti ada ilmu yang aku dapat cedok dan kail..

Sangkaan awal ku :
1- ("Ishh.. mesti dapat Pharmacist garang nih.. Haduihh.. Habislaa..")
2- ("Staff mesti sombong, tak nak bertegur sapa dengan aku..")
3- ("Habisla kena buli buat macam-macam kerja nanti..")

Dushh! Ternyata! Sangkaan aku meleset.. Sangat meleset..
(*Jgn tiru ye, bersangka buruk nih. Sifat mazmumah nih.)
Pharmacist & Staff semua baik-baik belaka..
Alhamdulillah.. Tak sampai sebulan dah rapat macam bertahun-tahun kenal..
Mereka tak pernah pun marah atau buat apa-apa benda yang boleh menyebabkan aku nak lari dari berpraktikal.. (*Mana mahu larriii haa?)

Macam-macam pengalaman yang aku dapat..
Dari yang baik, sampailah ke pengalaman yang kurang baik, menakutkan, ngeri, seram..
Macam-macam ada.. Hehe..
ALLAH je tahu macam mana perasaannya..
Tak terluah rasanya nak dicerita..
Banyak kot.. (*Bagi aku la)






Ni lah dia AllCare Pharmahealth


Ok, Nama Farmasi tu ialah AllCare Pharmahealth, Seksyen 7, Shah Alam..
Pharmacist kt sini namanya Puan Fareeni Bt Abd Ghani..
Lulusan Universiti Of Sunderland,
Merangkap Boss kedua untuk Farmasi ni..
First Boss is her husband. En. Rozi..
Farmasi ni ade 3 org pekerja.. Kak Linda, Miena & Kak Atikah..
Dorg sgt2 la baik.. Di luar jangkaan aku.. Mmg trsgt baik..
Mereka ajar dari A sampailah ke Z.. (*Mcm tadika pulak main ABC)
Dari kerja2 ala2 macam Maid, sampailah ke bidang kerja aku yang sebenar..
Dalam erti kata lain mmg perfect la..
Mereka sgt sporting.. Cuma husband dia agak tegas & garang sket la..
Biasalah kann.. BIG BOSS katanya.. HeHe..
Puan Fareeni ada 4 org anak yg comel2..
Dua lelaki, dua perempuan..
Yg paling aku rapat dengan 2 org yg kecik tula..
Boboi dgn.... (*Errrmmm kelupaan la nama budak kecik ada kutu tu. HaHa)
Yg tu darjah 1 & 2.. Yg besar sulung tu Nina Tingkatan 5, lg sorg Si Abg Tingkatan 3..


With Kak Linda and Miena
(*Ko tgk mana tu miena ooii?)
With Puan Fareeni yg sporting habis
Ini dia boboi a.k.a Imran anak Puan Fareeni yg bongsu
Comel kan? Pipi gebussss
Boboi ni cerdik petah bercakap
        

With Kak Atikah
With Auni Genius
Pandai ni budak ni
         

Okehh.. Next chapter.. (*Kununnya)
Kerja2 yang ada kt sini semuanya tak memenatkan langsung..
Lebih kepada kerja2 simple la..
Kerja mengelap ada, menyapu ada, susun atur barang molek2 punnn ada..
Tapi bak kata Kak Linda, klu dia sorang2 patah kaki tangan jugakla..
Maksud aku, oleh sebab kami kerja berdua takdelah penat sgt..
Kalau sorang2 tu penatla jugak. Nak2 stok baru masuk bertimbun2 kan..
Sorry to say la.. Yang tu mmg penat klu alone.. (*Ngaku jugak lastly)


First week kerja mmg terkial2 n terkebil2 la jugak..
Disuruh pulak jadi cashier, mmg gelabah ayam ler jawabnye..
Lagi2 kalau customer datang org asing.. Mampuih nak speaking..
(*Aku bedal je, ntah dia faham ke idok tak tahula teman)
So far, mereka faham la.. Hehe..
Then, belajar terima barang masuk.. Contohnya stok2 yang dh diorder..
Key in dlm komputer, setting punch dgn batch no setiap barang, letak tag harga, dan susun ikut kategori masing2..
Lepas tu rekod dlm buku penerimaan stok mengikut invoice yg diterima.. Itulah serba sedikit kerja yg ada.. (*Kepoyoan di situ ye)


Selain tu, kerja aku buat report harian..
Nyatakan apa yg dipelajari setiap hari..
Harini buat apa, esok buat apa..
Ilmu apa yg dapat harini.. (*Dah macam diari daaaa)
Tak lupa jugak mencatat setiap ubat & barang2 yg ada dlm farmasi tu.. Hehe..



Tapi satu jela yg tak bestnya..
Petang2 mmg takde org..Siap boleh terlelap kat kaunter cashier tu 1/2 jam lg.. (*Huwah3)
Al-maklum la.. Mmg kosong takde org lgsg..
Kadang2 aku ngan Kak Linda merayap pi beli jeruk la.. Roti la..
Buat kudapan petang.. Lapo punye pasal.. (*Semua benda dibedal)
Kami mmg rapat sgt mcm dh lama sgt kenal..
Kak Linda ni peramah orgnya..
Suka bercerita.. Dia cantik.. Comel and dah bertunang pun.. (*Hampa jgn dok gatai nk ngorat naa)
Dia gila2 jugak.. Kalut sikit.. Hahaha,.
Kami selalu makan sama2.. Menu wajib kami sambal tempoyak! Fuhhh! Mabelesss...
(*Terliur pulak jadinya)
Yg paling best kt sini, ada tempat solat..
Mmg sgt memudahkan untuk solat..
Takdelah terkejar2 nak kena cari tempat solat n sebagainya..
Ini sgt aku tabikk spring! (*Haiiippp!)
Dlm kita sibuk bekerja, tak lupa taggungjawab pada Allah S.W.T.


Bila bosan ini la jadinya

Ohh.. Hampir lupa nak cerita..
Miena pulak kira macam adk la.. Sebab dia bawah aku..
Dia sedara dgn Kak Linda.. Tapi sempat kerja dgn dia tak sampai sebulan pun..
Sebab dia berhenti kerja.. Dapat kerja kat tempat lain..
Miena ni pun peramah orgnye.. Baik.. Gila2 jugak.. Haha
Kak Atikah kerja part time je.. So aku tak berapa rapat dengan dia..
Sebab kalau aku nk balik dari kerja je baru dapat jumpa dia..
Sebab masa aku balik tu baru dia masuk kerja..
Cat pun bosan macam kami


Lagi sorang is Auni! Auni bukan kerja kat farmasi ni..
Tapi dia kerja kat kedai cermin mata kat sebelah..
Mula2 aku agak dia ni macam sombong.. Sbb tak banyak cakap..Tapi sebenarnya tak pun.. Dia mmg macam tu..
Lama2 kami rapat.. Aku hantar Auni balik rumah dia setiap petang..
Makan rehat pun sama2 kalau Kak Linda ambil cuti..



                                  
Novel yg dirembat secara beli kt kedai berdekatan & vitamin C tester utk kudapan kami tatkala bosan melanda 



Nampak tak moto kapchai tu?
Tula kudaku lari gagah berani yg aku tunggang selama 2 bulan
Korang nak tahu tak?
Sepanjang waktu aku praktikal, kenderaan rasmi aku ialah motor kapchai EX-5 my brother..
Dan yang paling gangster sekali, aku bawak motor tu tanpa lesen pun dalam masa 2 bulan tu..
(*Pailang je rasa. Minah rempit je rasa.)
Tapi sepanjang tu jugak, mulut aku sentiasa dan tak berhenti berdoa moga Allah berikan keselamatan sepanjang aku ulang alik dari Klang ke Shah Alam tu yang makan masa 20 minit jugaklah..
Alhamdulillah.. Sepanjang 2 bulan tu, takdelah kena saman ke apa..
Kalau ada roadblock pun, Abg Polis tu tak pernah tahan aku..

Mungkin jugak sebab perisai doa aku dan Allah lindungi aku..
Memandangkan aku pun dalam kedaan darurat.. Takde kenderaan yang lain..
Dlm masa yang sama pun aku mmg tengah ambil lesen..
Tapi tak sempat dapat L. Nak taknak kena redahlah jugak berbekalkan tawakkal..
(*Pailang tak pailang??)






                        



Ni semua ruang2 yg ada dalam farmasi ni. Cantik kan? Kemas dan teratur. Customer pun puji tau! =)


Dan setelah sekian lama aku bekerja a.k.a jadi Practical Student ni..
Tikk Tokk Tikk Tokk..
Dah sampai masa untuk menamatkan praktikal aku..
Sekejap je rasa.. Sedih pun ada.. Sebak pun ada..
Tak terasa 2 bulan tu.. Apakan daya, tiba masa untuk pergi..
(*I've got the go now. Sobssss)
Banyak ilmu yg aku dapat dari sini..
Puan Fareeni pun banyak bagi tunjuk ajar..
Aku cukup bersyukur dapat BOSS yg sebaik dia..
Makanya, aku pun dah kena submit report aku..
(*Report yg ntah hape-hape ntah)
Dan borang pemarkahan.. Selesai sudah..
Berpisahlah kami.. Terlalu banyak kenangan kat sini..
Banyak gelak tawa.. Banyak cerita..
Puan Fareeni siap dh offer kerja dgn dia bila dah abis belajar nanti..
Tapi aku pun belum tahu lagi macam mana kondisi aku bila dah habis belajar nanti..
In Shaa Allah, kalau takde apa, aku kerjalah sini.. Hehe..
Markah pun aku dah dapat.. Alhamdulillah.. Baik2 saja..

Dannnnn! Masa untuk prepare untuk presentation.. (*Ini yg buat aku gugup nih)
Ok, sampai sini je coretan serba sedikit pengalaman berpraktikal di  Retail Pharmacy..
Moga dpt memberi sedikit gambaran macam mana rupa praktikal kt Farmasi ye..
Terima Kasih untuk yang sudi membaca..
Moga kita bersua lagi di lembaran cerita lain.. In Shaa Allah..
Assalamualaikum... =)




                    

Selfie yg tak berapa nak selfie la. Hehe.


Wallahu 'alam..


Sunday 3 March 2013

Ikatan Yang Disimpul Itu, Seakan-akan Terlerai Sedikit Demi Sedikit..


Semakin ingin ditinggal pergi,

Semakin kesefahaman sukar dicari,
Seakan-akan payah untuk difahami,
Mengapa harus sebegini,
Jauh sekali diri ini meminta ia terjadi,
Hati bersuara menyuruh berdiam diri,
Tetapi, sejauh mana diri mampu terus berlari,
Dari menghadapi MEHNAH UJIAN yang diberi ini,
Moga ALLAH Kuatkan Hati & Tabahkan Diri,
Agar mampu terus teguh berdiri,
Di atas kaki sendiri,
Dengan bantuan-MU YA RABBI, YA ILLAHI... =')







Allah tidak akan menguji sesuatu dugaan, ujian mahupun mehnah yang tidak dapat ditanggung oleh hamba-NYA.. Itulah Pemilik Jiwa, Roh dan Jasad ini.. DIA tidak pernah sama sekali membebankan hamba-NYA dengan bebanan yang tidak boleh dipikul.. Sama sekali tidak pernah.. Akan tetapi, kita hamba-NYA ini seringkali mengeluh, memberontak malah kadangkala marah akan kehadiran dugaan, ujian, mahupun mehnah dari-NYA.. Dalam kita tidak sedar, mehnah itulah yang menjadi penghapus dosa-dosa.. 




Thursday 3 January 2013

Jalan Masih Panjang . .


Jalan masih panjang, usahlah berputus asa..
Tak hanya sekadar..
Dunia, lihatlah ke depan..
Yg lalu, biar berlalu..
Jadikan pemicu kalbu.
Jalan hidup, takkan pernah lurus..
Pasti ada salah, lewati segalanya..
Tapi Tuhan, tak pernah berhenti..
Membuka jendela, maaf untuk kita.. (✿◠‿◠)



Nk brkongsi sdikit dgn smua, ni antara lagu yg mnjdi kgmaran sy..
Bait-bait lagu ini sgt2 bermakna utk sy..
Jd pmbakar semangat juga sbnarnya..
Brulng2 kali dengar tiap2 hari..
Tetap tak jemu.. =)

Antara terjemahan dlm lagu ni menurut pndgn sy ialah :

1. Kita sebagai hamba Allah di dunia ini, tak akan pernah terlepas dari melakukan kesalahan.
Oleh itu, kita seharusnya sentiasa muhasabah diri sepanjang masa. 
Memperbaiki kekurangan yg ada. Meningkatkan penambahbaikan dalam diri kita.
Sama-sama. InsyaAllah.

2. Segala kesalahan, kesilapan, kenangan pahit di masa lalu, biarkan ia berlalu pergi. 
Jangan dikenangi & ditangisi. Mulakan azam & tekad yang baru. Jadikn masa lalu itu sebagai 
obor pembakar semangat untuk mara ke hadapan. Terus mengejar mardhotillah!

3. Kehidupan yang kita lalui ini, masih terlalu panjang untuk dilalui. (Selagi nyawa masih ada).
Masih terlalu banyak cabaran yang menanti di hadapan. Jangan mudah berputus asa. 
Sesungguhnya, kehidupan ini sangat singkat untuk mereka yang cepat berputus asa.  
Teruskan perjalanan yang luas terbentang untuk hamba-hamba-Nya, menuju syurga-Nya.

4.   Walaupn kita ini sebgai hamba-Nya terlalu banyak dosa & noda. 
Tetapi Allah tidak pernah sama sekali menutup pintu taubat & kemaafan untuk kita. 
Selagi kita masih berusaha menuju-Nya.

5. Ingatlah, jangan biarkan indah dunia melekakan kita. 
Jangan biarkan dunia tumbuh sebati di hati kita. Biarlah dunia hanya di tangan kita semata-mata. 
Akhirat itu yg seharusnya kekal terpahat di hati & sanubari. Akhirat itu penentu segalanya. Kerana akhirat itu jalan yang kekal abadi untuk bertemu-Nya nanti.

^_____^
InsyaAllah! 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...