Saturday 1 September 2012

Sahabatku itu. . . Merentasi Awan Biru, Menjejaki Bumi Para Anbiya’. .


Bismillahirrahmanirrahim…

Duhai Da’ie muda, khalifah Allah, pemimpin agama…
Berjalanlah tanpa henti…
Meneruskan perjuanganmu di medan jihad masa kini…
Menuntut ilmu Allah yang tidak pernah habis & tiada titik noktahnya…
Menunaikan hajat Ayahnda & Bondamu yang setia menanti…
Merealisasikan impian keluarga yang dicintai…
Mengejar & menggapai  cita-citamu itu…
Setinggi awan, sejauh langit, seluas angkasa, sedalam lautan…
Menjadikan mimpimu itu 1 realiti bukannya fantasi…
Walaupun cabaran, dugaan & halangan silih berganti…
Ketahuilah duhai sahabat,
Setiap liku dalam perjuangan ini yang engkau tempuhi dengan tabah & sabar…
Akan menanti pahala & limpahan Inayah-Nya di setiap jalan & lorong-lorong kesabaran itu…
Bertaburanlah pahala-pahala yang Allah kurniakan buatmu ibarat bertaburannya manik-manik hujan…
Ibarat gugurnya daun-daun kering di musim luruh…
Dan juga, para penuntut ilmu yang menuntut 1 ilmu juga diibaratkan seperti ia telah menjalani jalan-jalan syurga yang Allah bentangkan buat Hamba-Nya yang Istiqomah dalam mencari Redha-Nya di atas muka bumi-Nya ini…
Perjuanganmu itu, adalah perjuanganku jua…
Yang Allah telah tetapkan untuk kita bersama…
Kita sama-sama berjuang, walaupun berbeza tempat, masa, & juga bidangnya…
Ingatlah duhai sahabatku,
Andai diriku ini syahid di medan ini, engkau teruskanlah langkah ini…
Tanpa menoleh kebelakang lagi…
Andai dirimu syahid, aku rela meneruskan & menyambung langkahmu itu…
Tanpa gusar & takut lagi…
Kerana semangatmu yang utuh itu, akan ku pegang & ku jadikan obor pembakar semangatku untuk meneruskan langkah yang terhenti ketika itu…
Diriku ini ingin engkau tahu…
Bahawasanya setiap saat, detik & ketika…
Doaku sentiasa meniringimu selalu…
Dan diriku juga berharap, diriku jua sentiasa berada di dalam tiap-tiap bait doamu…
Sehingga di hujung pengakhiran nafasku dan nafasmu…
~SetanggiHarumanSyurga~
~2:13am > 1 September 2012~


Alhamdulillah… Tepat jam 10.00pm bersamaan 31 Ogos 2012 sahabatku selamat terbang merentasi awan biru… Wajahnya tenang saat & detik-detik terakhir sebelum meninggalkan bumi Malaysia… Tiada riak gusar & sedih pun pada raut mukanya… Mungkin juga tiada getar atau debaran di hatinya kerana pemergiannya untuk berjuang menuntut ilmu Allah itu sudah lama menjadi cita-cita & harapannya… Seluruh ahli keluarganya juga berwajah tenang melepaskan anak bongsu daripada 5 adik beradik  ini ke Mu’tah, Jordan… 

Universiti Mu'tah, Karak, Jordan...
Yah… Itulah cita-citanya!! Moga Redha Allah mengiringinya selalu… Moga kepulangannya nanti yang menjadi harapan keluarga & sahabat-sahabatnya akan membawa sakinah, barakah & sinar baru sebagai Da’ie Muda, pemimpin atau khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap dari kita… Terasa jiwa ini juga meronta-ronta ingin menjejakkan kaki ke Bumi Para Anbiya’ yang dirindui… Moga hajatku ini pula akan tercapai… InsyaAllah… Bi iznillah… Mohon doa dari kalian… Syukran Kathir… =)

Sebelum tu, jom sama-sama kita hayati hadis di bawah :

~Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid~
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali.”
(Hadis Riwayat At Tirmizi)

~Hakikat Ilmu~
Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga, kewajipan yang adil.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

~Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


 Jazakallahu khairan kathira... 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...