Saturday 29 December 2012

Ulangtahun Kelahiran Terakhir Di Usia Belasan Tahun . .


✿✿♥♥ Alhamdulillah.. Masih lg dbrikn pluang brnfas di bumi-Nya.. Genap usia 19 thun berada di bumi Allah.. Brsyukur ats sgla nikmat yg dbrikn-Nya slma ini.. Smkin hri umur smkin mningkat.. Masa smkin laju menerpa ke hdpn.. Smkin bertali arus ujian & cbrn menanti.. Ttpi, adakah amalan kita sudh brtmbh kpd yg lbih baik sprti brtmbhnya usia kita?? Seiringkah amalan kita dgn usia kita?? Dunia atau akhirat yg kita kejar?? Terfikir sejenak di benak fikiran, Allah, kematian semakin menghampiriku.. Cukupkah bekalanku?? Allahurabbi.. Semakin aku ingin menghampiri kebaikan, semakin kuat kejahatan menghantui diri.. Allahuakbar! Moga Allah meredhai & memberkati usiaku & kehidupanku ini.. ♥♥✿✿ *MUHASABAH DIRI*

P/S : ✿✿♥♥ Trima kasih yg x trhngga kpd smua shbt2 yg mndoakn & wish utk sy smada mlalui msj ✉ , FB, telefon ✆ & sbgainya.. Barakallahu fikum.. Jazakallahu khairan kathira.. (▰˘◡˘▰) ♥♥✿✿

Saturday 13 October 2012

~ Mutiara Kata, Muhasabah Diri ~





Seseorang yang masa silamnya penuh dengan kejahatan, apabila dia mula berhijrah mendekati dan memahami Islam yang sebenar, dia adalah yang lebih baik, terbaik dan lebih Istiqamah berbanding seseorang yang masa silamnya telah terdidik dengan agama, tetapi tiba2 diuji keimanannya dengan terjatuh di lembah kejahatan...

Ini kerana, mereka yang masa silamnya dipenuhi kejahatan, telah pun melalui 

zama
n2 gelap yang membuatkan mereka tidak mahu lagi kembali kepadanya... Bagi mereka yang telah terdidik dengan agama, tidak pernah melalui zaman2 gelap itu, apabila sekali terjatuh ke zaman itu, ia memerlukan kekuatan yang teramat2 dasyat untuk Istiqamah & kembali ke asalnya...

|Oleh itu, jangan menilai seseorang dari masa silamnya... Jangan memperkecil2kan perubahan mereka... Boleh jadi, mereka adalah yang terbaik dan mulia di sisi Allah berbanding kita ! |

~MUHASABAH UNTUK DIRI & SAHABAT2~ ^____^

Saturday 1 September 2012

Sahabatku itu. . . Merentasi Awan Biru, Menjejaki Bumi Para Anbiya’. .


Bismillahirrahmanirrahim…

Duhai Da’ie muda, khalifah Allah, pemimpin agama…
Berjalanlah tanpa henti…
Meneruskan perjuanganmu di medan jihad masa kini…
Menuntut ilmu Allah yang tidak pernah habis & tiada titik noktahnya…
Menunaikan hajat Ayahnda & Bondamu yang setia menanti…
Merealisasikan impian keluarga yang dicintai…
Mengejar & menggapai  cita-citamu itu…
Setinggi awan, sejauh langit, seluas angkasa, sedalam lautan…
Menjadikan mimpimu itu 1 realiti bukannya fantasi…
Walaupun cabaran, dugaan & halangan silih berganti…
Ketahuilah duhai sahabat,
Setiap liku dalam perjuangan ini yang engkau tempuhi dengan tabah & sabar…
Akan menanti pahala & limpahan Inayah-Nya di setiap jalan & lorong-lorong kesabaran itu…
Bertaburanlah pahala-pahala yang Allah kurniakan buatmu ibarat bertaburannya manik-manik hujan…
Ibarat gugurnya daun-daun kering di musim luruh…
Dan juga, para penuntut ilmu yang menuntut 1 ilmu juga diibaratkan seperti ia telah menjalani jalan-jalan syurga yang Allah bentangkan buat Hamba-Nya yang Istiqomah dalam mencari Redha-Nya di atas muka bumi-Nya ini…
Perjuanganmu itu, adalah perjuanganku jua…
Yang Allah telah tetapkan untuk kita bersama…
Kita sama-sama berjuang, walaupun berbeza tempat, masa, & juga bidangnya…
Ingatlah duhai sahabatku,
Andai diriku ini syahid di medan ini, engkau teruskanlah langkah ini…
Tanpa menoleh kebelakang lagi…
Andai dirimu syahid, aku rela meneruskan & menyambung langkahmu itu…
Tanpa gusar & takut lagi…
Kerana semangatmu yang utuh itu, akan ku pegang & ku jadikan obor pembakar semangatku untuk meneruskan langkah yang terhenti ketika itu…
Diriku ini ingin engkau tahu…
Bahawasanya setiap saat, detik & ketika…
Doaku sentiasa meniringimu selalu…
Dan diriku juga berharap, diriku jua sentiasa berada di dalam tiap-tiap bait doamu…
Sehingga di hujung pengakhiran nafasku dan nafasmu…
~SetanggiHarumanSyurga~
~2:13am > 1 September 2012~


Alhamdulillah… Tepat jam 10.00pm bersamaan 31 Ogos 2012 sahabatku selamat terbang merentasi awan biru… Wajahnya tenang saat & detik-detik terakhir sebelum meninggalkan bumi Malaysia… Tiada riak gusar & sedih pun pada raut mukanya… Mungkin juga tiada getar atau debaran di hatinya kerana pemergiannya untuk berjuang menuntut ilmu Allah itu sudah lama menjadi cita-cita & harapannya… Seluruh ahli keluarganya juga berwajah tenang melepaskan anak bongsu daripada 5 adik beradik  ini ke Mu’tah, Jordan… 

Universiti Mu'tah, Karak, Jordan...
Yah… Itulah cita-citanya!! Moga Redha Allah mengiringinya selalu… Moga kepulangannya nanti yang menjadi harapan keluarga & sahabat-sahabatnya akan membawa sakinah, barakah & sinar baru sebagai Da’ie Muda, pemimpin atau khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap dari kita… Terasa jiwa ini juga meronta-ronta ingin menjejakkan kaki ke Bumi Para Anbiya’ yang dirindui… Moga hajatku ini pula akan tercapai… InsyaAllah… Bi iznillah… Mohon doa dari kalian… Syukran Kathir… =)

Sebelum tu, jom sama-sama kita hayati hadis di bawah :

~Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid~
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali.”
(Hadis Riwayat At Tirmizi)

~Hakikat Ilmu~
Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga, kewajipan yang adil.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

~Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


 Jazakallahu khairan kathira... 

Thursday 24 May 2012

~Mutiara Kata Islam : 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Dijadikan Pegangan~


Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."


Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1.   Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan   membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2.  Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3.  Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4.  Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
5.  Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
6.  Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7.  Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8.  Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9.  Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
11.   Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12.  Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13.  Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14.  Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15.  Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16.  Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17.  Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
18.  Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19.  Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21.  Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22.  Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23.   Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24.   Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
27.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
30.  Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.. =)

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Wednesday 23 May 2012

“RESULT” yg Menghantui….

Assalamualaikum…. Sahabat2ku…. Tetamu ALLAH yg dikasihi….
Harini, maka sesungguhnya masa yg dinanti2 tiba juga.. Setelah puas bayangan “RESULT” tak henti2 menjengah di ingatan.. Dan dengan suka rianya dia menari2 di kotak fikiran.. Nak tak nak, tetap kena tempuh.. Saya dan sahabat2 lain menanti2 penuh debaran.. Takut, seram sejuk, rasa nak demam, rasa nak terjun sungai macam2 lagi perasaan ade.. Semua dah bercampur baur.. Tak tahula ape keputusannya, macam mane reaksinya.. Yg pasti tak akan ade sesiapa yg boleh elak dari menerimanya.. Tak ade sesiapa yg minta untuk menangis kesedihan, melainkan menangis kegembiraan.. Tapi, siapa pun boleh rasa2 dan agak2 ape result yg akan dicapai nanti berdasarkan ape yg kita jawab
masa imtihan haritu.. Kadangkala, ape yg diagak betul, adakala salah dan terpesong sama sekali.. Saya sendiri dah fobia dan trauma untuk buat target dalam sebarang exam.. Sebab, ade 2 kisah yg pahit tentang result yg membuatkan saya tak berani meletakkan sebarang target lagi.. Teruk kan?? Sesungguhnya Allah sahaja yg Maha Mengetahui..

Tawakkaltu A’lallah.. Segala2nya ketentuan Allah.. Allah yg menilai segala2nya.. Niat kita, usaha kita, kesungguhan kita, kebergantungan kita terhadap-Nya, doa kita, dan nilai kepasrahan kita terhadap ape yg telah kita usahakan itu.. Berserah ke tidak kita ini pada-Nya?? Setelah berusaha sedaya upaya dan melakukan yg terbaik mengikut ape yg termampu.. Sedaya upaya?? Terbaik mengikut ape yg termampu?? Sedaya upaya ke kamu ni?? Usaha kamu tu dah sampai tahap terbaik ke?? Bukan ke kamu banyak main je?? Kawan2 kamu yg lain tu, lagi hebat2 study nye.. Berganda2 usahanye walaupun mereka tahu mereka tak penah belajar subjek2 yg kamu ambil ni.. Kamu tu, study pun ala kadar je.. Ambil syarat je.. Boleh berjaya ke macam tu?? Jangan pernah mimpila.. Soalan ini bertalu2 mengetuk benak fikiranku.. Semakin hari semakin banyak soalan2 yg menerjah ke ruang minda.. Semakin hari, diri ini seakan tidak mampu membangkitkan semula semangat2 yg kian pudar.. Mungkin di sini lah khilafnya.. Kamu hanya mencari ALLAH tatkala kamu susah.. Makanye, kebergantungan kamu dengan ALLAH sangat lemah!!! Kamu selalu begitu!!! Bila mahu berubah wahai tuan empunya diri??!! Bangkitlah segera!!! Usah bertangguh lagi!!! Jangan menunggu penyesalan bertandang, baru merangkak2 untuk berubah..
Hamba-Mu ini tak kuat YA ALLAH.. Titipkanlah kekuatan untuk ke arah itu.. Allahurabbi.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya menceburi bidang “MEDICAL” adalah bukan semudah yg disangka.. Bidang ini adalah bidang yg bukan menjadi impianku.. Tetapi, diri ini akur dengan kehendak dan permintaan dari “MAK” dan “GURU2” ku.. Hamba-Mu ini tiada ape2 pengalaman yg berkaitan “MEDICAL” pun.. Tapi hamba-Mu ini yakin akan ketetapan-Mu ini.. Yg telah menetapkan perjalananku ini di atas jalan perubatan.. Hamba-Mu ini yakin, ape yg telah Engkau tetapkan adalah jalan yg diri ini mampu menghadapinya.. Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.. Maka, tunjukkanlah hikmahnya Ya Allah.. Kurniakan hamba-Mu ini kekuatan, kesabaran, ketabahan, dan kemudahan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan yg serba mencabar ini.. YA ALLAH.. Engkau berikanlah keputusan yg terbaik untuk kami.. Jika gagal, hamba-Mu ini redha dan Engkau damaikanlah hati ini.. Sesungguhya Engkau tahu akan tahap kebolehan dan keupayaan kami.. Maka Engkau berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat.. AMEEN YA RABB..
Seringkali airmata kesedihan datang mengundang.. Ibarat tiada titik noktah.. Manakan tidak.. Menceburi bidang “MEDICAL” tanpa “PURE SCIENCE” adalah sesuatu mimpi ngeri bagi sesiapa pun.. Beratnya kadangkala menghempap diri.. Cabarannya sangat besar.. Pernah juga cemburu datang menerjah apabila melihat sahabat2 lain yg rata2nya memiliki pointer yg bagus2 walaupun dulu beraliran “SASTERA”.. Kadangkala tertanya2 bagaimana sahabat2 yg lain boleh mendapat pointer yg sebegitu?? Bila diajukan soalan pada mereka, jawapannya ringkas, “Study biase2 je, faham betul2, hafal yg penting2..” Macam senang je kan?? Saya sendiri dah cuba, ternyata tak semudah yg disangka.. Macam2 taktik diguna pakai.. Tapi keberkesanannya sedikit.. Mungkin ade hikmahnya disitu.. Saya terfikir juga, kenapa kite beria2 menangis dan “FRUST” menonggeng bila result exam kite tak memuaskan atau gagal atau kena “REPEAT” atau yg sewaktu dengannya?? Padahal kalau kita gagal menunaikan solat yg wajib 5 waktu atau gagal dalam menunaikan perintah ALLAH, takde pulak kite beria2 menangis dan “FRUST” menonggeng macam kite gagal dalam exam?? It’s something wrong somewhere…. Kamu kena perbetulkan niat kembali ni, bisik hati.. Lepas ni, INGAT! Kamu tak boleh menuntu ilmu semata2 kerana nk dapat “DEAN”, semata2 kerana nak dapat duit, semata2 nak dapat pujian, semata2 kerana terpaksa, semata2 kerana nak “EXAM” ataupun semata2 kerana dunia yg fana ni.. Kamu kena niat, saya nak menuntut ilmu ini semata2 kerana ALLAH, kerana “AKHIRAT”..

“Katakanlah, Mahukah kami kabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya.”
(Al Kahfi 103-104)                                

Saya sendiri kadang2 rasa sia2 je belajar, bertungkus lumus study sampai tak tido tapi tiba2 bila dapat result, gagal ataupun tidak setimpal dengan usaha kite.. Tahu tak kawan2, hakikatnya, segala ilmu yg kite pelajari tak sia2 walaupun gagal.. 
INGAT!! Martabat orang yg menuntu ilmu ini akan diangkat..

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)

Kalau kita gagal sekalipun, ini bermakna, ALLAH sedang menguji tahap kesabaran kite.. Siapa tahu, mungkin bila kite berjaya, kita akan riak, maka ALLAH tak bagi kejayaan itu pada kite.. Tapi ALLAH tambahkan pahala berganda2 kepada kite oleh sebab kite bersabar dengan ketentuan-Nya.. 

Seperti dalam Firman-Nya :-
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (az-Zumar:10). 

SO, jangan kite lupa, ALLAH tidak pernah menetapkan dan menjadikan sesuatu itu sia2.. ALLAH sebaik2 perancang, dan perancangan ALLAH itu cantik.. Pasti ade hikmah yg tersembunyi di sebaliknya.. ^__^

Tiba2 diri ini teringat akan pesanan MAK yg terchenta “Dik, belajar la sungguh2… tahu kan macam mane mak susah2 cari rezeki nak biaya anak2 mak semua?? Ingat, jangan susah hati, ALLAH mesti bantu kalau dah usaha.. Banyak pahalanya kau tolong mak berniaga dik..” Tersentap jantung hati ini.. Sayu dan meruntu hati pesanan mak tu.. Terfikir, bilakah mak boleh duduk berehat di rumah saja?? Bilalah mak boleh menerima duit dari anak2 sebagai bantuan tanpa melibatkan mak untuk berkerja?? Terasa beratnya beban yg mak pikul.. Diri ini berharap, dapatlah membalas sedikit jasa mak satu masa nanti walaupun hakikatnya jasa mak memag tak boleh dibalas.. Betapa besarnya pahala jika kita dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Seperti yg dinyatakan dalam hadis:-

 
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –

Sekarang, nak tahu kesudahannya?? Ape result saya setelah menghitung hari demi hari yg penuh debaran ni?? Alhamdulilah 100x… Result saya meningkat dari semester sebelum ni.. Sahabat2 saya yg lain pun memiliki result yg baik.. Tentunya saya gembira walaupun mungkin result saya tak setinggi sahabat2 yg lain.. Tapi cukup melegakan hati yg gundah ini.. Setinggi2 kesyukuran saya panjatkan pada ALLAH S.W.T, atas kurniaan rezeki ini.. Dan sudah semestinya saya sangat berterima kasih pada MAK, atas doanya yg tidak pernah henti.. Dan juga doa dari sahabat2 seperjuangan yg lain serta semua yg mengenali diri ini yg turut mendoakan kejayaan saya.. Ternyata kite boleh lihat di sini ALLAH itu sangat2 Maha Pemurah dan Maha Adil.. ALLAH tidak pernah bersifat zalim pada hamba-Nya.. Tapi, kite sendiri yg bersifat zalim terhadap ALLAH dengan tidak menunaikan perintah dan suruhan-Nya.. Allahuakbar.. Hina dan malunya diri ini terasa.. Betapa ALLAH masih lagi memakbulkan doa hamba2-Nya walaupun hamba-Nya masih melakukan dosa dan tidak menurut segala perintah-Nya.. Betapa Maha Penyayangnya ALLAH.. Ayuh sama2 kite muhasabah dan memperbaiki segala kekurangan yg ada pada diri yg serba kerdil ini..
Sedikit Mutiara Kata Muhasabah Diri untuk dikongsi bersama :-
1.       Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
2.     Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
3.     Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
4.    Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH.. 

Sekian untuk post kali ni..  Wassalam.. =)


Thursday 22 March 2012

Tatkala Allah menguji “KAMI”….

Sakit…. Tiada siapa pun yg menginginkan sakit…. Bahkan tidak pula pernah meminta agar diberikan sakit… Tapi, itulah yg harus kami tempuhi di kala minggu “TEST” sampai… Dan “FINAL EXAM” hampir tiba tidak lama lagi… Tapi saya sedar, itu semua adalah ujian dari Allah, untuk menguji hamba2nya agar lebih mengingati-Nya… Agar lebih mendekatkan diri kepada-Nya, mengadu dan terus mengadu pada-Nya… Agar dapat menjadi kifarah dan penghapus dosa2 yg lalu yg terlalu banyak menimbun2 ibarat sampah yg berlonggokkan… Mungkin lebih dari tu… Ibarat seluas lautan mungkin tak terkira banyaknya… Wallahu’alam ….

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Dan juga  bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baru saya sedar, bahawasanya reason dan hikmah, why Allah tak mencapaikan hajat sy untuk menjadi “Jururawat/Misi/Nurse”, and the reason is!!! Because!! Saya ini bukanlah seorang yg penyabar…  Baru diberi tugasan menjaga seorang sahabat selama beberapa hari, di wad, saya dah mula terasa sakit juga seperti mereka… Mengeluh juga melihat gerak kerja para doktor dan jururawat yg tidak cekap di salah sebuah hospital kerajaan… (dirahsiakan namanaya) Menyampah dgn cara kerja mereka pun ada juga… Sungguh, saya sama sekali tidak tahan… Mungkin untuk sesiapa yg tidak pernah berada di situ, tak tahu… Saya berani berkata begitu, kerana trauma dgn mereka… Sudah beberapa kali juga pekara sebegini terjadi kpd keluarga saya yg tercinta… KIni, terjadi semula kpd sahabat saya pula… Pasrah dan terima saja seadanya… Dalam hati ini berbisik… “sabar2 najwa, Allah menguji kesabaran kamu tu..”

Tatkala berada di wad, terasa sesak dada dan nafas melihat keadaan dan situasi sekeliling di wad yg penuh dengan pesakit… Hinggakan sahabatku terpaksa berbaring di troli besi sementara yg serba tidak selesa akibat kekurangan katil untuk patient… Bukan itu saja, bahkan, sahabatku ini terpaksa ditempel di tgh2 laluan patient yg lain…  Allahuakbar … Bayangkan kita yg sedang sakit ditempatkan di satu tempat yg sebegitu…. Ya Allah… Terseksanya… Sungguh menyedihkan… Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan patient2 di situ dengan keadaan wad yg sebegitu rupa… Bagaikan ingin mengalir deras air mata ini melihat situasi itu.. Tapi tak sampai hati nak menangis, memikirkan sahabat saya yg pastinya juga akan sedih melihat tangisan saya… Saya gagahkan juga diri ini untuk terus kuat menerima ujian ketiga terbesar dalam hidup ini… Yg melibatkan hospital dan memerlukan saya duduk di wad berhadapan dgn patient….

Saya amat kagum dengan (Sheera) seorang lagi sahabat saya yg turut bersama2 saya menjaga 2 org sahabat kami yg sakit tu (Timah & Jiha)… Betapa kuatnya dia, cergasnya dia, cepat dan “smooth” nya kerja2 yg dia uruskan sepanjang proses2 dan procedure2 yg perlu dilalui untuk masuk ke wad itu… Menguruskan 2 org patient pulak tu… MasyaAllah!! Pastinya berganda2 pahala dia… Gaya dia tak ubah seperti seorang mak yg sibuk menguruskan anak2nya.. hehehe… Maklumlah, anak sulung… Pastinya lebih matang dan “expert” dlm bab pengurusan2 ni… Alh

amdulillah… Kami beruntung ada beliau (sheera)… Klu kami takde dia, tak tahula macam mana… Tunggang-langgang dibuatnya.. Bak kata org, klu ada ibu yg nk bersalin, dah bersalin kt dpn pintu emergency ni jugak kot…  Nak menggambarkan lambatnya perkhidmatan di situ…. 

Perkampungan kami selama 4 hari.....
Kami berkampung selama 4 hari di sini…. Demi sahabat yg amat2 kami sayangi, saya dan sheera sanggup skip kelas selama 4 hari berturut2 untuk jaga “hunny bunny” kami yg 2 org ni…. =) Mana tidaknya, family mereka jauh jaraknya memisahkan… Kami yg ada di sini ni, mengambil tugas menjaga mereka berdua… Hinggakan ada seorang aunty Chinese ni dia cakap, “Beruntungla you ada kawan baik macam ini maa… Manyak susah sikalang mau jumpa ini olang….” Hihihi… Alhamdulillah…. Moga lps ni tiba giliran kami pula yg diseru Allah untuk menggalas ujian-Nya, berharap mereka pula dapat menjaga kami… Bukan bermaksud meminta diberikan sakit… Tetapi kehendak Allah bila2 masa akan berkunjung tiba juga…. “KUN FAYAKUN” Maka jadi, jadilah….  Tiada apa yg dapat menghalang dan menghentikan kuasa Allah….
Tetapi ada sedikit kesedihan dan kekecewaan di hati saya…. Ketidakhadiran kami di saat2 genting tu, disalah ertikan oleh sesetengah pihak yg menganggap kami pura2 sakit dan sengaja tak nak datang kelas…. Allahu Robbi…. Sedihnya…. Hanya semata2 kerana ternampak kelibat kami keluar untuk mmbeli mkanan, mereka terus “judge” kami dah sembuh dan malas nak datang kelas…. Hakikatnya, sahabat2 saya ini kelaparan yg teramat sgt… Kesian mereka, dahla sakit, terpaksa cari makanan dalam keadaan sakit… Mereka tahan sakit, walaupun hakikatnya mereka sangat tak larat, tapi digagahkan juga badan untuk mencari makanan… Semata2 tak nak terus bergantung harap pada sahabat2 yg lain….  Kalau boleh, mereka dan saya sendiri tak mahu sesiapa pun tahu keadaan kami dan bersimpati kpd kami… Kami langsung tak mengharapkan simpati sesiapa…. Tak minta dan paksa sesiapa pun jenguk dan ziarah kami…. Lagikan nak minta tunda “test” semata2 kerana kami…. Langsung tak minta…. Saya sendiri redha markah dan pointer jatuh…. Tak dapat amik test dan tak dapat masuk kelas hanya sebab untuk jaga mereka… Bukan niat di hati ni nak mengungkit…  Tapi sekadar nak org lain hargai pengorbanan saya dan sheera yg berpenat lelah dan berkorban menjaga mereka…. Kami tak minta langsung duit atau apa2… Semestinya saya sangat2 sedih diperkatakan sebegitu rupa… Allah shja yg thu perasaan saya saat itu… Betapa saya menahan perasaan sedih dari hari pertama jaga mereka di wad… Akhirnya, terlerai dan terhambur juga semua kesedihan saya malam tu…. Airmata tak henti2 mengalir…. Bercampur baur perasaan ni…. Sedih + kecewa + marah + penat… Allahuakbar… Hanya Allah je yg tahu perasaan saya saat tu… Tanpa disangka2, tangisan saya malam tu diketahui juga oleh “housemate” yg lain… Kak Intan turut serta menangis bersama2 saya… Yg lain hanya mampu menenangkan…. Tapi tangisan itu memberikan kelegaan kepada diri saya sendiri, walaupun pahit untuk ditelan….

Oleh kerana terlalu lama duduk di wad…. (Jiha) dah tak senang duduk….  Dia tak selesa dengan keadaan sekeliling… Asyik2 cakap nak balik rumah… Dalam masa  yang sama pula, dia tak tahan dengan cara doctor merawat dia… Ada seorang doktor datang pada dia untuk ambil darah, sekali cuba, tak dapat… Dua kali cuba masih tak dapat… Dan untuk kali kedua tu, doktor tu cakap, “Dia ni takde urat la.” Ada ke patut macam tu?? Dia tu doktor ke ape?? Terdetik dalam hati saya begitu… Kali ketiga, baru doktor tu jumpa… Yg terkejunya, doktor yg ambil darah pada tangan Jiha sambil bercakap di telefon… Sebelah tangan pegang telefon, sebelah tangan cucuk pada tangan Jiha… Ya Allah, seumur hidup saya tak pernah lagi nampak doktor yg ambil darah patient macam tu… Sungguh tak “professional”…  Menangis Jiha menahan kesakitan… Serta merta, saya dan Sheera terus uruskan surat menyurat untuk Jiha keluar wad… Menurut “nurse” di wad tu, Jiha tak boleh keluar lagi kalau diikutkan… Tapi kami tak kira, kami tetap nak bawak Jiha keluar hari itu jugak… Dan bercadang nak pindahkan dia ke Hospital Swasta… Ataupun kami jaga dia di rumah sahaja… Lagipun keadaan dia semakin pulih… Alhamdulillah…. Proses untuk keluar wad lama juga rupanya… Sungguh memenatkan menunggu surat dari doktor di situ…. Lama dan lambat… Dalam masa yg sama, saya pula  memikirkan mcam mana nak pulang ke kampung halaman… Walaupun dekat je di Klang, tapi waktu yang semakin menghampiri malam agak merisaukan juga… Nak tak nak, malam tu jugak kena balik… Esok walimatul ‘urus anak buah … Pastinya rumah sibuk dan dipenuhi saudara-mara yg datang dari Johor Darul Takzim… Serba salah jadinya kalau tak balik malam tu… Puas “housemate” memujuk untuk balik esok sahaja… Tapi saya dah bertekad untuk balik malam tu juga…. Tak sedap rasanya kalau tak balik malam tu….

Akhirnya, tepat jam 9.30 malam, kami selamat sampai di rumah kesayangan kami Casa Idaman Condominium…  Bersama2 warden kami Cik Ina… Alhamdulillah…. Allahuakbar…. Terdengar jeritan kegembiraan “housemate” yg lain tatkala kami sampai di rumah… Kerinduan mereka terhadap kami terpadam juga akhirnya…  Rasanya macam sebulan je tak menjejakkan kaki ke rumah dan kolej…  Baru je menjejakkan kaki ke rumah, belum sempat duduk pun, terus saya berkejar bersiap untuk pulang ke kampong halaman…. Ya Allah, sungguh saya penat… Tapi saya tidak hiraukan pun… Saya kena balik mala mini juga… Saya terus berjalan kaki menuju ke KTM Kampung Batu… Tapi saya tak berani untuk berjalan kaki bersendirian… Saya naik teksi… Teksi pula sudah tidak kelihatan apabila malam sudah agak larut… Sedihnya saya… Tapi saya yakin, Allah itu Maha Mendengar… Allah pasti bantu… Dapat juga saya tahan teksi… Sesampainya di KTM, terus saya berlari mendapatkan tiket… Bimbang terlepas dan sudah tiada tiket lagi…. Malangnya, duit syiling saya tak cukup… Tiket pula perlu dibeli menggunakan mesin kerana sudah larut malam… Mujur ada pakcik yg berjaga di situ menghulurkan 20 sen kepada saya selepas saya bertanya padanya…. Alhamdulillah….. Allah Maha Mendengar!! =’) Saya pun selamat menaiki KTM dan sampai di Home Sweet Home…


Dan berakhirlah kerisauan + kegusaran + kepahitan + kesedihan + kekecewaan + kesakitan untuk minggu itu…  Alhamdulillah…. Segala2nya kembali seperti sedia kala…. Kesihatan mereka pun semakin pulih…. Dan kami perlu pula berhadapan dengan “TEST” ganti untuk hari2 yg kami tak hadir….  Moga Allah permudahkan segala2nya… InsyaAllah…. Ameen…. Banyak perkara yg saya belajar sepanjang minggu tu… Kesabaran, ketabahan, kesetiaan, pengorbanan, keberanian, kecekalan, kesedihan, kematangan dan banyak lagi… Yg pastinya Allah itu tidak pernah menzalimi hamba2nya… Melainkan hamba2nya sendiri yg menzalimi-Nya… Lupa akan-Nya… Sombong dengan-Nya… Hanya meminta dan mengadu pada-Nya apabila dilanda kesusahan, kesakitan, kesulitan sahaja…. Allahuakbar…. Sama2 kita muhasabah mudah2an kita menjadi hamba-Nya yg selalu mengingati-Nya walau apa yg terjadi….. Bersyukur atas nikmat yg diberikan….. Sama2 kita hayati dan ambil iktibar dari hadis ni….
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).


p/s : Saya akui, saya bukan seorang yg sangat2 penyabar dan kuat…. Adakala, diri ini juga lemah menghadapi ujian2 yg Allah berikan…. Banyak mengeluh dan mengkritik….. Diri ini hanya hamba Allah yg serba kekurangan dan hina…. Masih lagi memerlukan bimbingan dan sokongan utuh dari sahabat2 yg lain… Jazakallahu khairan kathira…. Salamun ‘alaik…. =)



Thursday 1 March 2012

~.:Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai:.~

Perkongsian dari  (http://www.iluvislam.com)


Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.
Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber'dating' dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul, adil serta cantik aturannya.
BERTUNANG
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .
Antara  adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :
Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

Serta banyak lagi 
Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita "bebas" melukakan apa - apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si "dia" akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab kabulkan barulah si "dia" betul-betul milik kita..
" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" (HR. Abu Daud)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...