Thursday 24 May 2012

~Mutiara Kata Islam : 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Dijadikan Pegangan~


Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."


Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1.   Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan   membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2.  Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3.  Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4.  Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
5.  Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
6.  Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7.  Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8.  Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9.  Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
11.   Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12.  Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13.  Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14.  Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15.  Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16.  Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17.  Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
18.  Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19.  Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21.  Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22.  Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23.   Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24.   Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
27.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29.   Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
30.  Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.. =)

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Wednesday 23 May 2012

“RESULT” yg Menghantui….

Assalamualaikum…. Sahabat2ku…. Tetamu ALLAH yg dikasihi….
Harini, maka sesungguhnya masa yg dinanti2 tiba juga.. Setelah puas bayangan “RESULT” tak henti2 menjengah di ingatan.. Dan dengan suka rianya dia menari2 di kotak fikiran.. Nak tak nak, tetap kena tempuh.. Saya dan sahabat2 lain menanti2 penuh debaran.. Takut, seram sejuk, rasa nak demam, rasa nak terjun sungai macam2 lagi perasaan ade.. Semua dah bercampur baur.. Tak tahula ape keputusannya, macam mane reaksinya.. Yg pasti tak akan ade sesiapa yg boleh elak dari menerimanya.. Tak ade sesiapa yg minta untuk menangis kesedihan, melainkan menangis kegembiraan.. Tapi, siapa pun boleh rasa2 dan agak2 ape result yg akan dicapai nanti berdasarkan ape yg kita jawab
masa imtihan haritu.. Kadangkala, ape yg diagak betul, adakala salah dan terpesong sama sekali.. Saya sendiri dah fobia dan trauma untuk buat target dalam sebarang exam.. Sebab, ade 2 kisah yg pahit tentang result yg membuatkan saya tak berani meletakkan sebarang target lagi.. Teruk kan?? Sesungguhnya Allah sahaja yg Maha Mengetahui..

Tawakkaltu A’lallah.. Segala2nya ketentuan Allah.. Allah yg menilai segala2nya.. Niat kita, usaha kita, kesungguhan kita, kebergantungan kita terhadap-Nya, doa kita, dan nilai kepasrahan kita terhadap ape yg telah kita usahakan itu.. Berserah ke tidak kita ini pada-Nya?? Setelah berusaha sedaya upaya dan melakukan yg terbaik mengikut ape yg termampu.. Sedaya upaya?? Terbaik mengikut ape yg termampu?? Sedaya upaya ke kamu ni?? Usaha kamu tu dah sampai tahap terbaik ke?? Bukan ke kamu banyak main je?? Kawan2 kamu yg lain tu, lagi hebat2 study nye.. Berganda2 usahanye walaupun mereka tahu mereka tak penah belajar subjek2 yg kamu ambil ni.. Kamu tu, study pun ala kadar je.. Ambil syarat je.. Boleh berjaya ke macam tu?? Jangan pernah mimpila.. Soalan ini bertalu2 mengetuk benak fikiranku.. Semakin hari semakin banyak soalan2 yg menerjah ke ruang minda.. Semakin hari, diri ini seakan tidak mampu membangkitkan semula semangat2 yg kian pudar.. Mungkin di sini lah khilafnya.. Kamu hanya mencari ALLAH tatkala kamu susah.. Makanye, kebergantungan kamu dengan ALLAH sangat lemah!!! Kamu selalu begitu!!! Bila mahu berubah wahai tuan empunya diri??!! Bangkitlah segera!!! Usah bertangguh lagi!!! Jangan menunggu penyesalan bertandang, baru merangkak2 untuk berubah..
Hamba-Mu ini tak kuat YA ALLAH.. Titipkanlah kekuatan untuk ke arah itu.. Allahurabbi.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya menceburi bidang “MEDICAL” adalah bukan semudah yg disangka.. Bidang ini adalah bidang yg bukan menjadi impianku.. Tetapi, diri ini akur dengan kehendak dan permintaan dari “MAK” dan “GURU2” ku.. Hamba-Mu ini tiada ape2 pengalaman yg berkaitan “MEDICAL” pun.. Tapi hamba-Mu ini yakin akan ketetapan-Mu ini.. Yg telah menetapkan perjalananku ini di atas jalan perubatan.. Hamba-Mu ini yakin, ape yg telah Engkau tetapkan adalah jalan yg diri ini mampu menghadapinya.. Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang.. Maka, tunjukkanlah hikmahnya Ya Allah.. Kurniakan hamba-Mu ini kekuatan, kesabaran, ketabahan, dan kemudahan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan yg serba mencabar ini.. YA ALLAH.. Engkau berikanlah keputusan yg terbaik untuk kami.. Jika gagal, hamba-Mu ini redha dan Engkau damaikanlah hati ini.. Sesungguhya Engkau tahu akan tahap kebolehan dan keupayaan kami.. Maka Engkau berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat.. AMEEN YA RABB..
Seringkali airmata kesedihan datang mengundang.. Ibarat tiada titik noktah.. Manakan tidak.. Menceburi bidang “MEDICAL” tanpa “PURE SCIENCE” adalah sesuatu mimpi ngeri bagi sesiapa pun.. Beratnya kadangkala menghempap diri.. Cabarannya sangat besar.. Pernah juga cemburu datang menerjah apabila melihat sahabat2 lain yg rata2nya memiliki pointer yg bagus2 walaupun dulu beraliran “SASTERA”.. Kadangkala tertanya2 bagaimana sahabat2 yg lain boleh mendapat pointer yg sebegitu?? Bila diajukan soalan pada mereka, jawapannya ringkas, “Study biase2 je, faham betul2, hafal yg penting2..” Macam senang je kan?? Saya sendiri dah cuba, ternyata tak semudah yg disangka.. Macam2 taktik diguna pakai.. Tapi keberkesanannya sedikit.. Mungkin ade hikmahnya disitu.. Saya terfikir juga, kenapa kite beria2 menangis dan “FRUST” menonggeng bila result exam kite tak memuaskan atau gagal atau kena “REPEAT” atau yg sewaktu dengannya?? Padahal kalau kita gagal menunaikan solat yg wajib 5 waktu atau gagal dalam menunaikan perintah ALLAH, takde pulak kite beria2 menangis dan “FRUST” menonggeng macam kite gagal dalam exam?? It’s something wrong somewhere…. Kamu kena perbetulkan niat kembali ni, bisik hati.. Lepas ni, INGAT! Kamu tak boleh menuntu ilmu semata2 kerana nk dapat “DEAN”, semata2 kerana nak dapat duit, semata2 nak dapat pujian, semata2 kerana terpaksa, semata2 kerana nak “EXAM” ataupun semata2 kerana dunia yg fana ni.. Kamu kena niat, saya nak menuntut ilmu ini semata2 kerana ALLAH, kerana “AKHIRAT”..

“Katakanlah, Mahukah kami kabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya.”
(Al Kahfi 103-104)                                

Saya sendiri kadang2 rasa sia2 je belajar, bertungkus lumus study sampai tak tido tapi tiba2 bila dapat result, gagal ataupun tidak setimpal dengan usaha kite.. Tahu tak kawan2, hakikatnya, segala ilmu yg kite pelajari tak sia2 walaupun gagal.. 
INGAT!! Martabat orang yg menuntu ilmu ini akan diangkat..

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)

Kalau kita gagal sekalipun, ini bermakna, ALLAH sedang menguji tahap kesabaran kite.. Siapa tahu, mungkin bila kite berjaya, kita akan riak, maka ALLAH tak bagi kejayaan itu pada kite.. Tapi ALLAH tambahkan pahala berganda2 kepada kite oleh sebab kite bersabar dengan ketentuan-Nya.. 

Seperti dalam Firman-Nya :-
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (az-Zumar:10). 

SO, jangan kite lupa, ALLAH tidak pernah menetapkan dan menjadikan sesuatu itu sia2.. ALLAH sebaik2 perancang, dan perancangan ALLAH itu cantik.. Pasti ade hikmah yg tersembunyi di sebaliknya.. ^__^

Tiba2 diri ini teringat akan pesanan MAK yg terchenta “Dik, belajar la sungguh2… tahu kan macam mane mak susah2 cari rezeki nak biaya anak2 mak semua?? Ingat, jangan susah hati, ALLAH mesti bantu kalau dah usaha.. Banyak pahalanya kau tolong mak berniaga dik..” Tersentap jantung hati ini.. Sayu dan meruntu hati pesanan mak tu.. Terfikir, bilakah mak boleh duduk berehat di rumah saja?? Bilalah mak boleh menerima duit dari anak2 sebagai bantuan tanpa melibatkan mak untuk berkerja?? Terasa beratnya beban yg mak pikul.. Diri ini berharap, dapatlah membalas sedikit jasa mak satu masa nanti walaupun hakikatnya jasa mak memag tak boleh dibalas.. Betapa besarnya pahala jika kita dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Seperti yg dinyatakan dalam hadis:-

 
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –

Sekarang, nak tahu kesudahannya?? Ape result saya setelah menghitung hari demi hari yg penuh debaran ni?? Alhamdulilah 100x… Result saya meningkat dari semester sebelum ni.. Sahabat2 saya yg lain pun memiliki result yg baik.. Tentunya saya gembira walaupun mungkin result saya tak setinggi sahabat2 yg lain.. Tapi cukup melegakan hati yg gundah ini.. Setinggi2 kesyukuran saya panjatkan pada ALLAH S.W.T, atas kurniaan rezeki ini.. Dan sudah semestinya saya sangat berterima kasih pada MAK, atas doanya yg tidak pernah henti.. Dan juga doa dari sahabat2 seperjuangan yg lain serta semua yg mengenali diri ini yg turut mendoakan kejayaan saya.. Ternyata kite boleh lihat di sini ALLAH itu sangat2 Maha Pemurah dan Maha Adil.. ALLAH tidak pernah bersifat zalim pada hamba-Nya.. Tapi, kite sendiri yg bersifat zalim terhadap ALLAH dengan tidak menunaikan perintah dan suruhan-Nya.. Allahuakbar.. Hina dan malunya diri ini terasa.. Betapa ALLAH masih lagi memakbulkan doa hamba2-Nya walaupun hamba-Nya masih melakukan dosa dan tidak menurut segala perintah-Nya.. Betapa Maha Penyayangnya ALLAH.. Ayuh sama2 kite muhasabah dan memperbaiki segala kekurangan yg ada pada diri yg serba kerdil ini..
Sedikit Mutiara Kata Muhasabah Diri untuk dikongsi bersama :-
1.       Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
2.     Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
3.     Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
4.    Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH.. 

Sekian untuk post kali ni..  Wassalam.. =)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...